Polisi Privasi / Terma & Syarat

terma & syarat

PENGENALAN

Terma dan Syarat ini menentukan penggunaan laman web ini ('Laman') dan perlu dibaca sebelum anda menggunakannya. Terma dan Syarat ini digunakan bagi setiap lawatan dan penggunaan Laman ini, serta maklumat (termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, gambar-gambar, imej-imej, imej-imej bergerak, bunyi, ilustrasi dan perisian) dan perkhidmatan (bersama-sama 'Isi Kandungan') yang disediakan untuk anda pada atau melalui Laman ini. Dengan mengakses dan menggunakan Laman ini, anda telah memberi persetujuan terhadap Terma dan Syarat secara keseluruhan ditambah dengan mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan Laman, Internet, dan/atau Laman Sesawang. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat ini secara keseluruhannya, anda perlu meninggalkan Laman ini dan jangan menggunakannya di masa akan datang.

PEMILIKAN LAMAN DAN ISI KANDUNGAN

Laman ini dimiliki dan diurus oleh Hi-Tec Sports PLC, sebuah syarikat berdaftar di England dibawah nombor 1159203 dengan pejabat berdaftarnya di Aviation Way, Southend-on-Sea, Essex, SS2 6GH.

Semua Isi kandungan pada Laman ini dimiliki oleh Hi-Tec Sports PLC

(Hi Tec Sports) atau syarikat-syarikat bersekutu (The Hi Tec Group), pelesennya dan/atau penyedia isi kandungan. Semua aspek Laman termasuk, tetapi tidak terhad kepada, rekaan umum dan Isi adalah dilindungi oleh trade dress, hakcipta, hak moral, jenama, hak rekaan (sama ada berdaftar atau tidak) dan lain-lain undang-undang berkaitan dengan hak harta intelek. Melainkan diberi persetujuan yang nyata di sini atau lain-lain akujanji dengan Hi Tec Sports, tiada sebarang bahagian dalam Laman atau Isi Kandungan ini boleh disalin atau disalurkan melalui sebarang cara dan Laman ini, Isi Kandungannya dan hak-hak lain yang berkaitan akan kekal menjadi harta eksklusif ahli Hi Tec Group atau pelesennya.

HAKCIPTA

Hakcipta semua Isi Kandungan adalah dimiliki oleh Hi-Tec Sports. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata di dalam Laman, anda dibenarkan untuk melihat, memainkan, mencetak dan memuat turun dokumen, audio dan video yang dijumpai dalam Laman untuk tujuan persendirian, maklumat dan bukan komersil sahaja. Anda tidak boleh mengubah sebarang bahan dan anda tidak boleh menyalin, mengedar, menyebar, menayang, mempersembah, mengeluarkan semua, menerbit, melesen, mencipta kerja terbitan daripadanya, memindah atau menjual sebarang Isi Kandungan. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkaitan dengan hakcipta, anda tidak boleh mengguna semula sebarang Isi Kandungan tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan nyata daripada Hi-Tec Sports, larangan ini termasuk penggunaan sebarang Isi Kandungan di laman web atau persekitaran jaringan komputer lain. Anda tidak boleh membuang sebarang hakcipta, tanda jenama atau lain-lain notis tuan empunya daripada Isi Kandungan yang terdapat di Laman.

Sekiranya anda memuat turun perisian (termasuk tetapi tidak terhad kepada paparan latar, ikon-ikon, video-video dan wallpaper) daripada Laman, termasuk sebarang fail atau imej dalam atau digabungkan oleh perisian, dan data yang mengiringi perisian (secara kolektif, "Perisian") adalah dilesenkan kepada anda oleh Hi-Tec Sports yang mempunyai hak penuh ke atasnya serta hak-hak intelek di dalamnya. Kuasa Hakmilik anda adalah terhad kepada medium dimana Perisian ini direkodkan dan anda tidak boleh mengedar semula, menjual, ubah susun, menyonsangkan rekabentuk , memisahkan, atau sebaliknya menurunkan taraf Perisian kepada bentuk boleh baca oleh manusia.

TANDA JENAMA

Semua tanda jenama nama-nama produk dan nama dagangan Hi-Tec Sports digunakan dalam Laman adalah tanda jenama atau tanda jenama berdaftar Hi-Tec Group, melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda tidak boleh, dengan tanpa kebenaran nyata  oleh Hi-Tec Sports, menggunakan, menyalin, menerbit semula, memuat naik, mengepos, memindah, mengedar, atau mengubah tanda jenama Hi-Tec Sport dalam apa cara sekalipun, termasuk di mana-mana laman web atau persekitaran jaringan komputer, dalam pengiklanan atau dalam sebarang jenis publisiti.

PENAFIAN WARANTI

Laman dan Isi Kandungan adalah disediakan ' sebagai kebiasaan' dan tanpa sebarang jenis waranti yang nyata atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, waranti tersirat kualiti, kecergasan bagi sesuatu tujuan dan tidak mencabul sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang. Isi Kandungan dalam Laman adalah untuk maklumat umum sahaja dan bukan merupakan nasihat.

Hi-Tec Sport tidak mewakili atau mewajarkan bahawa Isi Kandungan Laman adalah tepat, menyeluruh, bebas kesalahan atau terkini atau akses ke Laman tidak akan terbantut, bahawa sebarang kelemahan dalam Laman ini akan dibetulkan atau bahawa Laman atau pengehosan pelayan adalah bebas virus atau sebarang komponen-komponen berbahaya. Di samping itu, Hi Tec Sports tidak membuat sebarang perlambangan atau waranti berkenaan penggunaan Laman dan/atau Isi Kandungannya dari segi ketepatan, kejituan, kebolehgunaan, kekinian, kebolehpercayaan atau sebaliknya, dalam setiap kes sejauh yang dibenarkan oleh undang-undang.

Hi-Tec Sports menyimpan hak untuk menggantung, mengeluarkan atau mengubah semua atau mana-mana bahagian Laman pada bila-bila masa tanpa notis dan tanpa dikenakan sebarang liabiliti.

 PEMBATASAN LIABILITI

Penggunaan Laman ini adalah atas risiko anda sendiri. Hi-Tec Sports atau mana-mana pegawai, pengarah atau ejen atau mana-mana pihak yang terlibat dalam mencipta, menerbitkan atau melaksana Laman ini akan bertanggungjawab bagi sebarang kerugian atau kerosakan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kerosakan langsung, tidak langsung, istimewa atau lanjutan sama ada timbul dalam kontrak, salah laku (termasuk kecuaian) atau sebaliknya.

Hi-Tec Sport maklum bahawa tiada apa-apa di dalam Terma dan Syarat ini menidakkan atau mengehadkan liabilitinya untuk kematian atau kecederaan persendirian yang disebabkan oleh kecuaian atau penipuan.

PAUTAN KE LAMAN-LAMAN WEB LAIN

Pautan yang disediakan dalam Lama ini membolehkan anda mengakses laman-laman web di luar kawalan Hi-Tec Sports. Pautan-pautan ini disediakan kerana ia mungkin menarik bagi anda atau membolehkan anda mengakses produk-produk atau perkhidmatan percuma yang diberikan oleh pihak ketiga. Hi-Tec Sports tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau perubahan pada kandungan bagi laman-laman web ini. Oleh itu anda mengakses laman-laman ini atas risiko anda sendiri dan anda perlu mengingati bahawa laman-laman ini mungkin menggunanan cookies, mengumpul data atau meminta maklumat peribadi, dan anda dinasihatkan supaya memeriksa terma penggunaan dan juga polisi privasi bagi lana-laman ini sebelum menggunakannya.

PENYALAHGUNAAN LAMAN

Anda mungkin tidak menggunakan Laman ini untuk mengepos atau memindahkan sebarang bahan yang mungkin disalahguna, mengancam, tidak benar, mengelirukan, bersifat menghasut, fitnah, mencabul privasi, lucah, pornografik, mengecam, mendiskriminasi, haram atau sebarang bahan yang merupakan atau menggalakkan tingkah laku yang boleh dianggap kesalahan jenayah, mencabul hak mana-mana pihak atau yang boleh menaikkan liabiliti awam atau mencabul sebarang undang-undang. Anda juga dilarang untuk menggunakan Laman ini untuk mengiklan atau menjalankan sebarang kegiatan komersil.

PENAFIAN - PENYERTAAN PENGGUNA

Hi-Tec Sports menyimpan hak dan budi bicara untuk menyekat atau membuang mana-mana hubungan dan bahan yang dipercayainya sebagai tidak menurit Terma dan Syarat ini, atau tidak diterima oleh Hi-Tec Sports.

PENGGUNAAN LAMAN OLEH KANAK-KANAK

ISekiranya anda berusia kurang 16 tahun, anda perlu meminta kebenaran ibubapa atau penjaga sebelum anda:

- menghantar emel ke Laman, atau meminta kami mengemelkan sesuatu kepada anda;

-menghantar semarang maklumat kepada kami;

-menyertai sebarang peraduan atau permainan yang memerlukan maklumat tentang diri anda atau

-menawarkan hadiah;

Dengan terus menggunakan Laman atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan, anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat kebenaran daripada ibubapa atau penjaga untuk berbuat demikian.

SERAHAN TANPA DIMINTA

Melainkan disediakan secara nyata atau sebaliknya, Hi-Tec Sports tidak akan menerima sebarang penyerahan tanpa diminta melalui Laman ini.

TESTIMONIALS PENGAKUAN-PENGAKUAN

Pernyataan Pengakuan dipaparkan di Laman ini telah dipilih daripada surat-surat, emel-emel dan panggilan-panggilan yang diterima oleh Hi-Tec Sports daripada pelanggan-pelanggan.

APPLICABLE LAW AND JURISDICTION UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA YANG BERKAITAN

Terma & Syarat ini tertakluk kepada undang-undang England dan semua pihak perlu akur dengan bidang kuasa tidak ekslusif Mahkamah England. Sekiranya mana-mana bahagian Terma dan Syarat terbatal, ia tidak akan memberi kesan terhadap kesahan dan kebolehkuatkuasaan syarat-syarat selebihnya.

POLISI PRIVASI

PENGENALAN

Perlindungan privasi anda adalah penting bagi Magnum. Kenyataan ini mendedahkan pengedalian maklumat oleh Magnum, termasuk jenis data yang mungkin kami kumpula dan simpan, bagaimana ia digunakan dan dengan siapa data ini dikongsi. Ia juga menjelaskan bagaimana anda boleh menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kerisauan mengenai maklumat peribadi anda.

Kenyataan Privasi ini dikenakan ke atas data yang dikumpul oleh Magnum dan lain-lain syarikat bersekutu Magnum di Eropah yang mengedarkan produk-produk Magnum. Untuk membantu anda memahami cara kami menggunakan data yang anda berikan, panduan berikut telah dihasilkan.

Secara umum, adalah berkemungkinan untuk mengakses laman kami tanpa memberikan sebarang maklumat peribadi. Akan tetapi dalam kes-kes dimana maklumat peribad dikumpul, ia digunakan terutamanya untuk menyediakan perkhidmatan yang anda mungkin minta dan keduanya untuk memperbaiki cara Magnum melayan anda, dengan penggunaan maklumat dengan wajar. Tambahan pula, kamu mungkin akan menggunakan maklumat ini untuk menghantar maklumat mengenai produk Magnum kepada anda dari masa ke masa, yang mungkin menarik bagi anda. Melainkan diminta untuk berbuat demikian oleh undang-undang dan sebagaimana yang tertera di dalam polisi ini, kami tidak akan berkungsi, menjual atau mengedarkan sebarang maklumat yang anda berikan tanpa kebenaran dari pihak anda.

PENYIMPANAN DATA DAN SEKURITI
Data mungkin atau dipindah, disimpan dan diproses di dalam atau di luar Kesatuan Eropah dan di mana-mana di dunia tetapi tidak akan didedahkan kepada sesiapa di luar Hi-Tec Group, syarikat-syarikat bersekutu atau syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan bantuan kepada pelanggan Hi-Tec. Kami mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat anda daripada diakses oleh pihak tanpa izin serta terhadap pemprosesan haram, kehilangan tidak sengaja, kemusnahan dan kerosakan. Kami akan menyimpan maklumat anda bagi sesuatu tempoh atau selama mana yang diperlukan oleh undang-undang.

Maklumat ini akan dituntut selaras dengan Arahan 95/46/EC Parlimen Eropah sejajar dengan undang-undang kebangsaan menurut Arahan tersebut.

PERSETUJUAN ANDA
Dengan menghantar maklumat, anda memberi persetujuan terhadap penggunakan maklumat sebagaimana yang tertera dalam polisi ini. Sekiranya kami mengubah polisi privasi, kami akan mengepos perubahan-perubahan tersebut di halaman ini, dan mungkin akan meletakkan notis pada halama-halaman lain di laman web, supaya anda menyedari tentang maklumat yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya pada setiap masa. Sila ingat bahawa penggunakan perkhidmatan secara berterusan akan menunjukkan bahawa anda bersetuju dengan sebarang perubahan.

COOKIES 
Magnum boleh menggunakan 'cookies' yang merupakan sejumlah kecil maklumat yang kami simpan di dalam komputer anda. Kebanyakan Pelayar Internet boleh disetkan untuk memberitahu anda apabila anda menerima cookie (membolehkan anda untuk membuat keputusan sama ada untuk menerimanya atau tidak) atau menolak semua cookie. Sekiranya anda memilih untuk menolak cookies daripada laman ini, beberapa ciri mungkin tidak dapat anda gunakan.

Sekiranya anda tidak mengesetkan Pelaray anda untuk menolak cookie tersebut, sistem kami akan mengeluarkan cookie ke komputer anda apabila anda melawat laman ini. Cookie menjadikannya mudah untuk anda menggunakan laman ini ketika lawatan akan datang dengan, sebagai contoh, mengurangkan jumlah data yang dimasukkan sekiranya anda telah memberinya sebelum ini kepada kami. Ia juga membolehkan kami mengawasi penggunaan laman web dan untuk menyediakan kandungan laman kepada anda.

KANAK-KANAK BAWAH UMUR
Kanak-kanak bawah umur tidak dibenarkan memberi maklumat peribadi tanpa persetujuan ibubapa.

PAUTAN-PAUTAN KE LAMAN-LAMAN LAIN
Pautan-pautan disediakan di laman kami akan membawa anda untuk mengakses laman-laman di luar kawalan Magnum. Data peribadi yang diberikan kepada Magnum tidak akan dikeluarkan ke laman-laman lain dengan mengklik pada pautan-pautan tersebut. Pautan-pautan tersebut disediakan kerana anda mungkin berminat dengannya atau membolehkan anda mengakses produk-produk atau perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak ketiga. Magnum tidak bertanggungjawab ke atas cara laman-laman ini menggunakan data peribadi anda.

HUBUNGAN
Anda berhak untuk melihat maklumat mengenai anda dan anda boleh meminta kami untuk membuat sebarang perubahan yang perlu untuk memastikan ia tepat dan terkini. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi kami. Kami diberi hak oleh undang-undang untuk mengenakan bayaran bagi menampung kos kami dalam menyediakan butir-butir maklumat anda yang kami simpan.

Dapatkan Jalur Anda

Penguji Lapangan membuat laporan mengenai produk-produk Magnum mereka

Lanjutan

Dicipta di Lapangan

Kelebihan Teknikal Magnum

Lanjutan

Penguji Lapangan

Sertai kami sebagai Penguji Lapangan

Sertai Sekarang

Berita Terkini

Ikuti Perkembangan Magnum

Lanjutan