Bagaimana ia dilakukan


Apakah Penguji Lapangan?

Di Magnum, kami mahu anda yang bercakap! Tujuan Penguji Lapangan ialah untuk memberi ANDA - pelanggan kami - peluang untuk memberitahu kami perkara sebenar. Dengan memberi kami lebih maklumat mengenai apa yang anda fikirkan tentang produk kami, kami boleh mencipta produk yang lebih baik untuk anda - pelanggan kami!

 cara untuk meninggalkan ulasan yang hebat

Sebaik sahaja anda mendaftar sebagai Penguji Lapangan, anda digalakkan untuk meninggalkan ulasan mengenai pengalaman anda dengan produk-produk.

Beberapa panduan semasa meninggalkan ulasan ialah:

  • Berapa lamakah anda telah memakai produk yang anda ulaskan, dan untuk aktiviti apakah ia dipakai?
  • Apakah pandangan anda mengenai produk tersebut?
  • Apakah ciri-ciri kegemaran anda?
  • Adakah produk ini baik nilainya?
  • Bagaimanakah but tersebut menahan cuaca?
  • Apakah yang boleh kami pertingkatkan?

Jadikannya jelas! Akhirnya, ulasan anda akan membantu pelanggan lain membuat keputusan membeli serta membantu Pasukan produk Magnum untuk menghasilkan produk yang lebih baik di masa akan datang.

Sila lihat contoh ulasan hebat daripada Lee di sini

Sila ambil perhatian: Hanya ulasan & Pengakuan yang asli sahaja yang akan disahkan dan diterbitkan di laman web.

bagaimana saya menerima sehelai kemeja t penguji lapangan secara percuma?

Pasukan Magnum kami akan menyemak setiap ulasan yang dihantar dan kami akan menghantar kemeja T Penguji Lapangan secara percuma kepada sesiapa yang kami fikir telah berjaya memberi maklumbalas (posotif dan negatif) dengan baik.

Sila ambil perhatian: Hanya ulasan yang asli sahaja yang akan disahkan dan diterbitkan di laman web.

bagaimana saya menjadi penguji lapangan rasmi?

Penguji Lapangan yang meninggalkan ulasan yang menyeluruh, menarik dan lengkap akan mendapat peluang untuk menjadi Penguji Lapangan Rasmi dan memperolehi but secara percuma daripada Magnum. Setiap Penguji Lapangan akan mendapat statistik yang boleh dilihat, termasuk kekerapan lawatan, jumlah ulasan, serta jumlah video dan gambar. Ahli aktif komuniti ini akan dipilih oleh Pasukan Magnum untuk menjadi Penguji Lapangan Rasmi.

perkara yang patut diingati

Setelah anda menghantar ulasan pada laman Penguji Lapangan Magnum, ia perlu dimoderasikan terlebih dahulu sebelum ditayangkan. Pasukan moderator kami akan membaca setiap ulasan bagi memastikan ia menurut garis panduan kami. Ulasan tidak boleh mengandungi HTML, rujukan kepada peruncit lain, harga, maklumat peribadi, atau sebarang komen-komen yang tidak senonoh, bersifat menghasut atau mempunyai hakcipta. Sebaik sahaja ulasan didapati mengikuti panduan-panduan ini, ia akan disahkan untuk ditayangkan pada laman Penguji Lapangan Magnum.

Dapatkan Jalur Anda

Penguji Lapangan membuat laporan mengenai produk-produk Magnum mereka

Lanjutan

Dicipta di Lapangan

Kelebihan Teknikal Magnum

Lanjutan

Penguji Lapangan

Sertai kami sebagai Penguji Lapangan

Sertai Sekarang

Berita Terkini

Ikuti Perkembangan Magnum

Lanjutan