Panduan Penjagaan
Apakah ion-mask™
Teknologi ion-mask™ merupakan kejayaan besar dalam penambahbaikan permukaan. Ia berfungsi dapa tahap molekular yang mengikat secara tersembunyi pada permukaan produk, memberinya keupayaan untuk menangkis cecair. Kebaikannya adalah setelus teknologi itu sendiri. Dengan penggunaan minima dan bahan buang yang sangat sedikit, penambahbaikan ion-mask mewakili peningkatan yang besar dalam teknologi kasut.
Untuk keterangan lanjut, sila layari Magnum ion-mask
Semua produk yang mempunyai sifat ini adalah kalis air. Proses ion-mask™ meningkatkan prestasi bahan-bahan kalis air semulajadi dalam but-but ini, contohnya kulit. Daripada mengehadkan kebolehnafasan bahan dengan menggunakan teknologi kalis air yang standard, WPi boleh bernafas seperti but-but yang tidak kalis air. ini membolehkan kaki anda sentiasa kering dari dalam dan luar memandangkan peluh boleh dibebaskan dengan mudah.
Apakah HPi?
But-but ion-mask™ HYDROPHOBIC tidak dicipta untuk kalis air. sebagai contoh, but padang pasir yang bercorak jalinan terbuka akan membolehkan air masuk ke dalam but hanya dengan rekaannya sahaja. dengan produk-produk Hi-Tec ion-mask™, permukaan setiap gentian dipertingkatkan.
Semua produk HPi adalah hidrofobia yang bermaksud bahan-bahan bahagian atas gentian kurang menyerap air. Ini menjamin but anda kering dengan lebih cepat dan lebih ringan. But-but ion-mask™ HYDROPHOBIC juga menghadang kotoran supaya but anda sentiasa bersih.
Penjagaan but
Dengan penggunaan yang kerap, permukaan bahan boleh menjadi tersumbat dengan kotoran dan mungkin perlu dicuci bagi memastikan teknologi ini kekal berfungsi.
Sekiranya but anda perlu dibersihkan, gunakan kain lembab yang lembut dan sapu di bahagian yang perlu dicuci. Tepekan yang lembut sepatutnya boleh mengeluarkan partikel-partikel asing dan pengeringan produk sepenuhnya di kawasan yang panas (jangan terlalu panas) akan membangkitkan semula sifat kekalisan cecair.
Jangan gunakan cecair/bahan kimia berasaskan alkohol untuk pembersihan kerana ini akan membantutkan teknologi ion-mask™. Sila jangan cuci dengan mesin basuh. Pengilat kasut tidak akan mempunyai kesan negatif pada teknologi ion-mask™. Produk-produk penjagaan kasut yang sesuai dengan MAGNUM terdapat di kebanyakan kedai kasut.