Please update your Flash player

Sejarah Magnum


1974Hi-Tec Sports Diasaskan oleh Frank Van Wezel

Hi-Tec diasaskan pada tahun 1974 di sebuah desa yang sangat sesuai namanya iaitu Shoeburyness, Essex, England. Kejayaan asal Hi-Tec berkembang daripada rekaan hebat serta pembangunan kasut pertama Hi-Tec, iaitu Hi-Tec Squash, kasut yang direka khusus untuk permainan skuash yang semakin diminati pada ketika itu. Sebuah penanda aras industri dari dulu hingga sekarang, beberapa kasut daripada sejarah kasut sukan telah merekodkan jualan unit yang melebihi 18 juta pasang di seluruh dunia. Kasut Hi-Tec Squash kekal menjadi model kasut sukan terlaris hingga ke hari ini.

1982 Lahirnya Hi-Tec Magnum

Hi-Tec Magnum dilahirkan atas permintaan pusat latihan FBI di Quantico, Virginia, USA yang menginginkan kasut but taktikal hitam yang ringan serta dihasilkan dengan kukuh. Pada waktu itu, pegawai –pegawai memakai but mendaki Hi-Tec Sierra tetapi terdapat permintaan untuk kasut hitam versi ‘high top’ dengan hujung kasut yang boleh dikilatkan. Maka lahirlah but taktikal asal yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan kasut sukan.

1983But taktikal Hi-Tec Magnum pertama berada di pasaran

Sebaik sahaja FBI menyebarkan berita, timbul permintaan untuk membekalkan produk ini di seluruh negara memandangkan semakin ramai pegawai penguatkuasa dan keselamatan yang mahukan keselesaan dan prestasi ringan produk hebat ini.

1985Pelaburan dibuat dalam Kajian & Pembangunan bagi meningkatkan koleksi Hi-Tec Magnum

Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi untuk but jenis ini, kami telah melaburkan banyak masa untuk mengkaji permintaan pengguna akhir terhadap Magnum Boots. Pengguna akhir menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk pelbagai variasi bagi gaya 'mid cut', termasuklah mewujudkan kasut but versi berkulit penuh, kalis air dan juga berhujung besi.

1990Koleksi global lengkap kasut Magnum yang pertama dilancarkan

Sebaik sahaja Magnum bertapak kukuh di seluruh USA, permintaan dari seluruh dunia juga meningkat. Ini bermakna koleksi ini perlulah menarik untuk pelbagai iklim, citarasa dan pendekatan terhadap permintaan unit beruniform. Koleksi global kasut Magnum pun terhasil.

1998Jawatankuasa Penasihat Magnum ditubuhkan

Pada tahun 1988, Magnum telah menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Magnum (MAC) sendiri yang merujuk semula kepada maklum balas serta panduan pengguna akhir. MAC terdiri daripada ahli-ahli pelbagai perkhidmatan kecemasan dan juga angkatan tentera yang bekerjasama dengan Pasukan Pembangunan Magnum yang menguji dan memberi nasihat berkenaan semua pembangunan produk terbaru dalam persekitaran kerja mereka seharian.

2002 Secara rasminya Magnum terpisah daripada Hi-Tec

Pada tahun 2001 Magnum secara rasminya telah terpisah daripada Hi-Tec dan menjadi sebuah jenama tersendiri. Semakin perniagaan Magnum berkembang, semakin ketara bahawa Magnum mampu berdikari sebagai sebuah jenama, disokong oleh pasukan-pasukan rekaan khusus, pembangunan, jualan dan pemasaran. Magnum telah menjadi matang.

2003 Siri Elite Force menjadi koleksi kasut taktikal pertama yang diakui di peringkat global.

Bagi pegawai-pegawai terlatih yang mahukan bahan-bahan, ciri-ciri, keselesaan dan prestasi terbaik, siri Elite Force dibuat berdasarkan standard teknikal dan rekaan tertinggi. Dengan mendapat pujian daripada pegawai penguatkuasaan undang-undang serta pemberi ulasan, Siri Elite boleh dikatakan sebagai rangkaian kasut taktikal yang paling progresif di dalam industri.

2006 Magnum Stealth merupakan but seragam yang #1 terlaris di dunia.

Dijual di 80 buah negara di seluruh dunia. Pilihan pertama bagi Pegawai Penguatkuasa undang-undang, Ambulans, Bomba dann juga Keselamatan. Keselesaan bak kasut sukan, tetapi dibuat sekukuh kapal perang!

2009 Magnum pertama dalam menerokai sebuah lagi industri - teknologi ion-mask oleh P2i

Pada tahun 2009 Magnum bergabung dengan P2i dalam mempelopori pengenalan terhadap teknologi hebat ion-maskTM kepada industri kasut taktikal. Ion-maskTM merupakan teknologi yang dipatenkan berasaskan plasma. Ia asalnya dibangunkan oleh Tentera UK untuk menangkis bahan kimia dan melindungi tentera daripada serangan berbentuk kimia. Ia secara kekal mengubah permukaan produk pada tahap molekul bagi menangkis air serta lain-lain cecair termasuk patogen darah – yang dipaksa untuk berubah menjadi manik- manik seperti raksa dan mengalir turun bagi melindungi pemakai.

2010 Koleksi Spider: Spesis berevolusi

Menolak sempadan inovasi rekaan terulung. But berprestasi tertinggi untuk pengendali-pengendali khas yang juga berprestasi tinggi. Rangka Exo mengampu buku lali dan kaki untuk sokongan maksimum, membolehkan pengurangan berat maksimum tanpa berkompromi dengan prestasi.

2011Koleksi Kerja Magnum

Magnum membawa kepakarannya ke sektor-sektor baru dengan pelancaran koleksi pekerjaan. Kini, golongan profesional dalam semua sektor boleh mendapat manfaat daripada pengalaman Magnum dengan koleksi Magnum Work yang memaparkan kasut dengan stail yang progresif, berinspirasikan sukan yang direka untuk perkhidmatan makanan, kesihatan, industri perkhidmatan, pembinaan serta industri perkilangan.

Dapatkan Jalur Anda

Penguji Lapangan membuat laporan mengenai produk-produk Magnum mereka

Lanjutan

Dicipta di Lapangan

Kelebihan Teknikal Magnum

Lanjutan

Penguji Lapangan

Sertai kami sebagai Penguji Lapangan

Sertai Sekarang

Berita Terkini

Ikuti Perkembangan Magnum

Lanjutan