Dicipta di Lapangan
Di Magnum, kami faham betapa pentingnya kasut anda dan objektif kami adalah untuk menyediakan kasut terbaik yang kami mampu supaya anda menjadi yang terbaik dalam apa yang anda lakukan!
Penasihat taktikal kami
Yang membantu Pasukan produk Magnum kami adalah Penasihat Taktikal Magnum, yang bukan sahaja bekerja dengan kami malah juga dengan orang yang pendapatnya paling penting - ANDA!
Penasihat Taktikal kami menyampaikan maklumbalas yang penting mengenai bukan sahaja produk-produk semasa, tetapi juga produk-produk pembangunan yang membantu kami untuk memastikan but-but kami direka khas untuk keperluan anda.
Penguji lapangan
Kami juga terus mengevolusikan program Penguji Lapangan kami yang membolehkan pengguna untuk meninggalkan maklumbalas mengenai semua produk kami. Setiap bulan kami akan memilih beberapa Penguji Lapangan yang kami rasa telah memberi ulasan yang bagus mengenai produk-produk kami dan menghadiahkan mereka sama ada sehelai kemeja T Penguji Lapangan atau sepasang but Magnum untuk diulas.
You can learn more about Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana ia dilakukan di dalam bahagian Penguji Lapangan kami.
perisik lapangan
Setiap produk Magnum direka dengan memikirkan pengguna akhir secara khususnya. Bahagian Perisik Lapangan kami membolehkan anda untuk merasai pelbagai sektor yang kami bekalkan produk-produk Magnum, ini termasuk:Polis, Paramedik, Pegawai Keselamatan, Tentera & Operasi-operasi Istimewa.
Dalam Setiap sektor, anda akan melihat produk-produk, kajian-kajian kes, ulasan-ulasan dan juga Penguji Lapangan Rasmi kami yang berasal daripada sektor-sektor ini.